Sunday, May 8, 2011

chelsea kalah lg dan kejuaraan epl x mungkin jd hak chelsea tahun ni....

haisshh.. ape la nk jd ngan chelsea ni... ade peluang utk jadi juara tp disia-siakan...



x smpai seminit dh kene score sebijik... ngan chicarito plak tu...
tp xpela...
season depan aku harap chelsea rangkul byk kejuaraan...
yg penting jual je torres tu pastu pecat ancelotti...

Friday, April 29, 2011

kelebihan jika anda berhenti merokok.. anda mampu mengubahnye... hehe

Kebaikan Bila Kita Berhenti Merokok
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan berhenti merokok.

Di sini saya akan beritahu anda apa yang anda akan rasa kebaikan dari semasa ke semasa faedah sekiranya anda berhenti merokok.

# 20 minit : Tekanan darah dan denyutan nadi serta suhu tangan dan kaki
anda akan mula kembali normal.

# 8 jam : Kandungan nikotin berbahaya dalam badan anda
dari rokok yang anda ambil sebelum ini akan berkurangan kepada 6.25%.
# 12 jam : Kandungan oksigen dalam darah akan meningkat ke tahap normal
dan kandungan karbon monoksida akan berkurangan.
# 24 jam : Tahap kebimbangan untuk mendekati proses pemberhentian.
# 48 jam : Kerosakan saraf, deria rasa dan bau akibat kesan 'racun' yang disedut
dari rokok menjadi semakin pulih.
# 72 jam : 100% Keseluruhan badan akan merasai tindak balas dan lebih
dari 90% racun-racun yang berbahaya dalam badan akan keluar melalui
pembuangan kumbahan dalam badan. Sistem saluran pernafasan semakin lancar
dan anda mula merasai ketenangan kesan dari perubahan ini.
# 5 - 8 hari : Di kala ini kebanyakan bekas perokok akan mula melawan
rasa ketagihan setiap hari. Setiap 1 saat dirasakan seperti sejam dalam
pertarungan melawan ketagihan. Di waktu inilah perlunya kekuatan semangat
dan senjata yang boleh digunakan.
# 10 hari - 2 minggu : Kebiasaanya bekas perokok akan mula mendapat
kekuatan bahawa diri mereka sebenar-benarnya boleh berhenti merokok.
Kadar pemulihan sudah mula menampakkan hasil dan rasa ketagihan sudah
mulai hilang. Pada waktu ini tekanan darah kembali normal seperti mereka
yang tidak merokok.
# 2 - 4 minggu : Kesan-kesan merokok seperti kemarahan, keresahan,
tidak fokus, tidak boleh tidur, keletihan dan tekanan perasaan telah berhenti
sepenuhnya. Jika simptom ini masih berlaku anda dinasihatkan berjumpa
dengan doktor pakar. (Mungkin bukan disebabkan oleh simptom merokok).
# 21 hari : Tahap keransangan otak untuk tidak bergantung dengan rokok
menjadi normal sama seperti orang yang tidak merokok.
# 2 minggu - 3 bulan : Sistem perjalanan darah kembali lancar dan
mengurangkan risiko terhadap serangan sakit jantung. Mulut anda semakin
bersih dan tidak berbau. Kereputan gigi akibat rokok telah mula berhenti.
# 1 - 9 bulan : Kesan-kesan merokok seperti sesak nafas, batuk-batuk dan
kelesuan telah berkurang. Paru-paru semakin bersih dan pembentukan
sel saraf dalam paru-paru menjadi normal. Keseluruhan kesihatan dalam
badan semakin meningkat.
# 1 tahun : Risiko serangan sakit jantung disebabkan pembuluh darah
tersumbat akibat asap rokok telah menurun.
# 5 - 15 tahun : Risiko penyakit berbahaya seperti Stroke,
kanser paru-paru, kanser mulut dan tekak telah menurun berbanding
mereka yang masih merokok.
# 15 tahun : Anda telah selamat sepenuhnya dalam perjuangan menentang
bahaya merokok sekaligus meletakkan anda setaraf dengan orang-orang yang
tidak merokok. Tahap kesihatan jantung anda kini adalah sama seperti mereka
yang tidak pernah merokok.
Jadi, terpulanglah kepada anda, untuk membuat pilihan.
Memilih untuk hidup yang lebih sihat atau lebih sengsara di kemudian hari.


Tiada siapa yang boleh merubah diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kerana anda yang menentukannya.
Bebaskan diri anda dari rokok berbahaya.

tips berhenti merokok

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Tetapkan tarikh untuk berhenti
Yakin diri
Buatkan nota peringatan
Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Gunakan terapi penganti nikotin
Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok

Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

Membasuh tangan selalu

Mandi dengan kerap

Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

Meditasi

Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Thursday, April 28, 2011

JANGAN SOMBONG DAN PANDANG HINA ORANG LAIN.... INGATLAH BAHAWA KITA TAK SEMESTINYA SENTIASA BERADA DIATAS...

assalamualaikum...
pernah x korang jumpe org yg paling berlagak sekali depan2 mata korang?
kt sini aku nk cerita sikit pasal kisah aku jumpe sorang yg perangai x ubah mcm binatang dan aku doakan semoga Allah buka hati dia utk bertaubat dan insaf dengan segala ape yang telah dia buat pade haritu....
kisah bermula ketika aku hantar mak aku pergi hospital utk wat medical checkup...
mase tu susah gila aku nk cari parking, maklum la hospital kn....
so aku turunkan mak aku kt depan hospital n aku teruskan misi aku mencari parking...
kemudian aku pun cari la port nk breakfast, time tu lapor giler...
nk dijadikan cerita, mase aku tgh khusyuk layan roti canai ngan teh tarik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, dtg seorang pakcik yg tua sgt2, dengan baju yg koyak kt ketiak, seluar trek yg dia pkai pun koyak kt lutut n songkok yg x berape nk hitam tu dtg kt meja aku ckp nk minta derma...
pakcik tu ckp bg je berape poakcik x kisah asalkan anak ikhlas dan pakcik lapar sgt2 ni nak... hmmm... serius aku xleh tgk pakcik tu... sedih gler.... aku x ksh pun kalau dia nk tipu aku or whatever, yg penting aku masih ade lg sifat kemanusiaan nk tolong pakcik tu... aku ajak la pakcik tu duk sekali ngan aku n order la nk mkn pe... tp pakcik tu xnk... dia ckp dia nk order bungkus je.. so aku pon tolong orderkan nasi lemak 2 bungkus kt dia sekali ngan air nescafe suam... aku ckp kt dia pakcik mkn la sebungkus dulu nasi ni n sebungkus lg tu simpan la utk lunch... pakcik tu angguk senyum je sambil dia belek2 bace paper aku... pandai gak pakcik ni membace rupenye...
pastu bile pakcik tu dh dpt nasi lemak tu, dia pun ucap terima kasih kt aku n ckp ape ntah yg aku x berape nk dgr... pastu time pakcik tu nk lintas jalan, tibe2 ade seorang hamba Allah ni terlanggar pakcik tu... org yg langgar pakcik tu perempuan, silap perempuan tu gak sbb duk bergayut kt fon je sampaikan x nmpk pakcik tu kt depan... so pompuan tu ape lg trus maki hamun pakcik tu sambil amik nasi lemak n songkok pakcik tu n campak kt tgh jalan... dia ckp mcm ni.. " wei bangang... ko x nmpk ke aku td ha?? ni sape nk bayar henset aku jatuh ni? ko mampu ke nk bayar ha bangang??" astaghfirullah... sampai mcm tu sekali dia ckp kt pakcik tu? sedih aku tgk pakcik tu duk kutip nasi n songkok dia kt tgh jalan tu... nasi dh terbur tgh jalan sbb kene langgar ngan kete tp pakcik tu tetap nk kutip nasi tu... tuhan je tahu betape sedihnye aku mase tu... time xde sorang pon nk tolong pakcik tu tp ramai laki yg tolong pempuan tu duk maki same kt pakcik tu... hina sgt ke pakcik tu?? xkn ko xtau situasi sbnr pakcik tu... dia lapar... nk mkn pun duk minta kt org je n nasi lemak tu je rezeki dia pg tu tp ko dh block rezeki dia hari tu... pakcik tu x ckp pape pon mase ko maki dia tp dia senyum je time kutip songkok n nasi dia tu... n mane masyarakat lain yg dikatan peramah n suke menolong org dlm kesusahan mase tu? kenape dibiarkan je pakcik tu kene hina je kt situ? serius aku x puas hati... tp syukur kepade Allah sbb ade sorang makcik ni dtg kt pakcik tu n halang pakcik tu dr kutip nasi2 dia kt tgh jalan tu... dia bwk pakcik tu g tempat lain.. aku rase dia nk belanje pakcik tu kot... hmm... manusia2... selagi x kene kt diri sendiri selagi tu la diorang x kn sedar...

p/s: aku rase nk mkn roti canai lg la... best gak layan roti canai ngan teh tarik pagi2 ni...

Saturday, March 19, 2011

SEPETANG DI UMP PEKAN....

ptg td aku aku teringin nk mkn pisang goreng ngan abc kt pekan ni... aku ajak la rumet ngan kwn2 aku klua mkn... tgh baik punye merempit ngan kwn2 aku tibe2 la hujan turun ngan lebatnye... aku pun ape lg trus pulas minyak habis2... 180km/j tu moto aku pecut... dh nk terbang dh moto aku td.... (tipu je)...



motor ni la aku gune nk jalan2 ptg td... aku namekan moto ni sebagai tenggiling hitam.... moto ni la byk berjase kt aku... tp aku x pnh bwk awek naik moto ni.... huhuhuhu






pas2 ape yg aku bengang sgt2 bile dh smpai kt kdai yg aku nk mkn tu tibe2 plak kdai tu tutup... pergghhh.... mmg terbaik la... goreng pisang x dpt tp basah je yg dpt.... gambar kt atas menunjukkan kdai mkn yg dh tutup tu... damnn...
tp utk mengubat kesesalan aku klua dlm hujan lebat td, aku pun snap la beberape pic sepanjang aku nk blk ke ump pekan td... just utk mengubat hati yg tgh panas ni cz x dpt mkn goreng pisang... uhhh.. tgk la pic kt bwh ni... keadaan sekitar ump pekan...














haa... ape yg paling indah sekali kt ump pekan ni ialah kitorang menggunakan sistem periuk api... periuk api ni berfungsi utk menghalang pencuri atau penceroboh dpd menceroboh masuk ke dlm ump pekan ni... kalo pijak je kompem meletup... nk tgk periuk api tu? ok... tgk la kt bwh ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaa.........

3 SOALAN YANG MENCABAR MINDA... ORANG TERTENTU JE DPT JAWAB SOALAN PEMUDA NI... ILMU KENE PENUH DIDADA..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya.

2. Apakah yang dinamakan takdir.

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: (Diam tidak berkata2)

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihatNya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Pemuda: (Terkejut dengan jawapan dari Kiyaii)

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

ujian personaliti (ujian dementia)

Apakah dementia?
Definisi dementia adalah kemerosotan progresif pada fungsi kognitif.
de – mengasingkan
mens – minda
Well itu apa yang kamus kata la…..
Macam dalam iklan kat TV3 tu. Bila pakcik tu nak pergi melawat isterinya yang menghidap dementia. Biasanya mereka dengan masalah ini sudah tidak mampu mengingati sesuatu dengan baik…….
Jadi ujian kali ini ingin menguji. Apakah kemahiran berfikir korang tu masih ok or ko ye…..
Selamat mencuba kawan-kawan…

Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri korang......



sudah sedia mahu mengetahui kehebatan daya fikir korang…? Orait GO!!!!



Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:
S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

Wednesday, February 16, 2011

cukup ke gaji rm3000 skang ni? urmmmm....

Bole ke kita survive dengan gaji RM3,000 kat Malaysia nie ?

Mari kita sama2 buat calculations kat sini.

Di Malaysia, purata income sesebuah family RM3,000 /month (fakta ke auta ?)
(where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
ayah ,Ibu, 1 anak yang bersekolah dan 1 baby. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Bill air + elektrik:
RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Telepon ( Telekom):
RM100

Meals for a happy family:
RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

makan / teh-tarik masa keje :
RM155
(RM5/day, RM5 ... agak2 leh makan ape ye?)

Bayar kereta:
RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (kat kl, traffic-jam):
RM300
(gi kerja , antar anak sekolah,
mampu satu kereta je)

Insurance:
RM650
(anak2,isteri,sendiri)

Bayar rumah:
RM750
(pembayaran balik rumah kos rendah utk 30 tahun,
dah pencen pun kena kerja lagi nak bayar!)

Tuition:
RM80
(dapat paling murah la ni? ermmmm)

Belanjer anak sekolah @ school:
RM20
(RM1/day, makan roti?)

Yuran Sekolah:
RM30
(cukup la tu?)

Buku sekolah dan lain2 lagi:
RM100

Susu baby:
RM50
(bukan yang DHA, BHA, PHA , mahal dow)

Miscellaneous:
RM100
(shampoo, rice, sauce, lain2 lagi barang dapor)

tunggu!!! ada lagi...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
takde KFC,
takde McDonald,
takde jalan2 hujung minggu (minyak mahal),


Mari kita sama2... WALAO EH! ! dah RM3,610 eh !! ...
EPF belum potong, income tax lagi......... oledi RM3,610 ....
How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Menteri2 kita mintak ubah gayahidup?

cam mane nak ubah? tak yah makan? tak yah keje? tak yah hantar anak ke sekolah belajar?

Walaubagaimanapun, aku percaya masih ramai populasi rakyat malaysia yang masih lagi yang belum dapat RM3,000/sebulan!!!

Tak pelik lah Ah Loong banyak sekarang ni la....

anda kecewa?? x blh nk lupekan si dia yg mengecewakan anda?? disini ade tips utk anda.. hope akan membantu




Cara terbaik untuk melupakan seseorang.

1.Jauhkan diri daripada jumpa dia

2.Jangan contact dia.

3.Delete nick dia from YM korang.

4.Hindarkan diri dari "lepak" dengan dia.

5.Tak yah laa dok cerita pasal dia 24 jam.Hal ini mungkin akan menggembirakan anda di saat anda bercerita tuu tapi kesan jangka panjang ialah, dengan mengingati dia , hati anda yg terluka itu akan bertambah dalam lukanya..

6.Kalau boleh delete Friendster dia skali agar profile dia tak muncul kat FS korang everytime dia update FS.

7.Fikirkan semua sifat-sifat buruk dia yang korang rasa tak worth pun untuk diminati

8.Stop thinking that he/she is sweet. Tak de sweet nye derrr orang yang tak nampak keistimewaan kita kan.....

9.Ingat...hanya sayang orang yang sayang kita sahaja.

10.Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.

11.Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran.Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah mati.

12.Tumpukan perhatian kepada life anda.

13.Anggap sahaja bukan anda yg bermasalah tapi dia.

14.Tok sah laa letak org yg tinggalkan kita or treat kita cam sampah sebagai ratu/putera hati kita.Pertama,orang yg lukakan kita tak layak punmendapat tmpt yg istimewa dalam hati kita.Kedua,kalau anda tak buang org tu dari hati korang,korang akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex korang yang sah2 tak sayangkan korang tu.

15.Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih anda sebagai teman hidup kerana anda adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo.Malah anda sentiasa happy solo atau berpasangan.......Anda seorang yang kreatif.Anda mampu mencipta kegembiraan seorang.Tambahan pula, sikap anda yang matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayagi anda.Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali,tetapi mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal.....

harap2 tips ni dpt membantu anda semua... sys sekadar mahu menolong orh yg senasib ngan sy.... peace NO WAR!!

Thursday, January 6, 2011

sEm BaRU AzAm PoN BArU........

assalamualaikum wbt.......
hmm... sedihnye aku sem ni sbb semua kwn yg rapat ngan aku dh xde...
boring gile aku duk kt ump pekan ni...
dh la sunyi je cz kwn2 yg giler2 dh xde wat praktikal kt tmpt masing2...
tggl la aku sorang2 je kt sini terkontang kanting.... hmmm... sedih3x...
kalo dulu ade la kwn yg slalu ajak borak2....
slalu ajak main game smpai menjerit jerit....
slalu ajak lepak kt lua....
slalu ajak mkn same2....
slalu gadoh2....
tp skang xde dh......
2 la hidup aku...
slalu je rase sedih.....
tu pasal la name blog aku DARK LIFE....
my life is alway DARK!!!