Friday, August 20, 2010

cerita rumput... aku suke ngat cerita ni.... ^_^

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang

Pelajar : "Cikgu, mcm mana kita nk pilih seseorang yang terbaik sebagai org yg paling kita sayang? Mcm mana nk jaga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu : "ok, kamu ikut ape yg saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke klas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : "Kenapa tiada rumput yang dipilih??"

Pelajar : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang peling cantik. Memang ade banyak yg cantik tp cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya terus jalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ade di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tp da cikgu cakap tak bole toleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"

Cikgu : "Ya! itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa ngan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak agi yang cantik dan baik seperti rumput tadi"

No comments:

Post a Comment